Tips 1#: Anak guam boleh berbincang dengan peguam berkaitan kadar harga yuran guaman. Di nasihatkan pengguna supaya meminta sebut harga sebelum melantik peguam. Pilih 2 atau 3 firma guaman untuk mendapatkan harga terbaik
Berikan butiran seperti status tanah, harga beli hartanah dan jumlah pinjaman yang ingin dimohon sebelum meminta sebut harga. Ia membantu peguam menentukan kadar yuran guaman.
Tips 2#: Pastikan bayaran dibuat hanya selepas kerja disiapkan atau secara berperingkat. Jangan buat bayaran penuh selagi kerja belum diselesaikan sepenuhnya.
Ulasan
Catat Ulasan