Dapatkan firma guaman melalui Cariguam Minta Sebutharga/ Quotation dari firma guaman itu. Beri maklumat seperti jenis rumah; freehold/leasehold, harga rumah, lokasi rumah dan lain-lain maklumat yang diminta oleh peguam. Maklumat ini boleh didapati dari ejen menjual rumah atau pemilik rumah sendiri, minta salinan S&P ( Sales and Purcahase Agreement /Perjanjian Jual beli) lama dan salinan geran rumah sekiranya ada. Ini bertujuan untuk menentukan kos guaman yang akan dikenakan. Kos guaman bagi penyediaan dokumen S&P biasanya sekitar 2-3% dari harga rumah. Bandingkan dengan firma guaman lain berdasarkan harga kos guaman, lokasi, cara berkomunikasi, pengalaman menguruskan jual beli rumah dan lain-lain. Sekiranya bersetuju dengan firma guaman tersebut, pembeli dinasihatkan untuk berunding dengan firma guaman untuk membayar secara berperingkat; iaitu membayar kepada peguam berdasarkan progres kerja yang telah dilaksanakan peguam. Contoh:...
Kami menyediakan perkhidmatan mencari peguam hartanah dan panel peguam LPPSA bagi pinjaman perumahan kerajaan bagi kakitangan sektor awam di seluruh Malaysia. Hubungi 0195154526 untuk maklumat lanjut